cerita 1 : emma dan aliff di ranjang
(Emma, bukan nama sebenar, 25 tahun) bekerja dengan satu perusahaan konsultan yang tidak terlalu besar sebagai assistant dan salah seorang partner pada perusahaan konsultan tersebut (kita sebut saja namanya Aliff).
Emma sangat mengkagumi profil dan karakter Aliff. Sebut saja semua hal yang baik, maka Aliff memilikinya. Otak yang cemerlang, sikap yang professional dan gentleman, penampilan yang selalu rapi and nice looking serta usia baru 34 tahun (waktu itu).
Emma pula adalah seorang wanita yang memiliki segala yang diidamkan oleh seorang lelaki,bentuk tubuh yang sempurna,paras yang cantik,fikiran matang serta bijak,berpewatakan ceria & suka tersenyum.
Disebabkan Emma selalu bertugas bersama Aliff maka Emma akhirnya mulai menyayangi Aliff lebih dari team partner & Emma membiarkan saja perasaannya kepada Aliff tumbuh tanpa halangan.
Semakin hari dia semakin jatuh hati kepada Aliff.
Aliff bukannya tidak tahu akan hal itu tetapi sikapnya yang profesional di pejabat yang tidak membiarkan hal-hal pribadi mencampuriurusan pejabat membuat Emma semakin mengkagumi peribadi Aliff.
Suatu hari urusan pejabat membuat mereka berdua harus pergi kebeberapa lokasi di seluruh Negara. Inilah ceritanya.
Untuk memudahkan pergerakan, mereka naik pesawat ke Penang dan menyewa kereta untuk melakukan perjalanan darat di sekitar B'worth , Perak, Kedah dan Perlis.
Dalam rangka melakukan suatu survey khusus untuk kepentingan klien.
Entah bagaimana silapnya mereka, pada waktu malam menginap di sebuah hotel kecil. Sebenarnya Aliff ingin memesan 2 bilik tetapi kerana hanya ada 1 bilik je maka dia meminta pendapat Emma. Kerana memang sudah sangat penat Emma setuju untuk sekamar dengan Aliff (sebenarnya Emma agak "sedikit senang" dengan situasi darurat tersebut)!
Kerana berasa panas, maka Aliff membuka jendela kamar. Masalahnya, kamar tersebut hanya memiliki 1 ranjang berukuran panjang dan tidak memiliki kursi panjang. Tidak mungkin bagi Emma untuk meminta Aliff tidur di lantai. Jadi akhirnya mereka tidur sekatil setelah Aliff berjanji bahwa dia tidak akan melakukan hal yang bukan- bukan.
Sebenarnya Emma tidak pernah tidur sekatil dengan seorang lelaki apatah lagi Aliff adalah suami orang! Sebagai seorang wanita jantungnya berdebar sangat kencang kerana tidur seranjang dengan lelaki sopan yang sangat diadmirekannnya.
Kaki mereka beberapa kali saling bersentuhankerana katilnya memang kecil.
Setelah setengah jam, angin malam yang masuk melalui jendela membuat Emma merasa kedinginan sehingga dia memberanikan diri bertanya kepada Aliff:
"Abang Aliff, Emma kesejukan nih. Boleh tak minta tolong jendelanya ditutup saja?"
Aliff tidak langsung menjawab dan Emma berpikir Aliff sudah tertidur sehingga dia berkata lagi:
"Abg Aliff..."
Kali ini Aliff langsung menjawab: "Emma, kamu kesejukan ya? MAUKAH KAMU MALAM INI KAMU BERTINDAK SEPERTI ISTERI SAYA?"
Jantung Emma terasa berhenti berdetik. Jantungnya langsung gemuruh mendengar pertanyaan Aliff. Dengan hati-hati ia bertanya:
"Maksud abg Aliff?"
"Maksud saya, bolehkah Emma tolong tutupkan sendiri tingkap yang terbuka tu,seperti yang selalu dibuat oleh isteri saya dirumah?!
cerita 2 : lelaki sengau dan pemandu bas
Seorang lelaki sengau naik bas lalu bertanya kepada pemandu bas tersebut...
“Vang.. vas nih fegi hamfang ke…? ” (bang, bas ni pergi ampang ke?).
Pemandu bas itu berdiam diri. Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau itu pun turun dari bas.
Seorang lelaki lain di belakang pemuda sengau tadi pun bertanya kepada pemandu bas itu...
“kenapa awak diam tadi? kesian dia…”
Pemandu itu pun menjawab...
“Masham mana haya nak hawab…. haya hun hengau hugak.. hhanti hia hata haya hehek hia hulakk!!!……..”
(macam mana saya nak jawab.. saya pun sengau jugak.. nanti dia kata saya ejek dia pulak!!!)…
cerita 3: milah minta cerai
Satu petang yang hening...aku (Abang Kasim) duduk berehat2 di depan rumah sambil menghisap rokok kretek(murah skit)huhuhu.. sementara itu anakku yang berusia 3 tahun sedang bermain2 di ruangan tengah...aku lihat dia tersenyum sorang2..ape lah yang dia pikirkan agaknyer... isteriku Milah? ade kat dapur nun..memasak. bahagiakan familiku ini...
Milah mmg cukup rajin memasak, anakku pulak petah berkata2 menghiburkan kami sefamili..alahai...aku senyum sorang2 gak bangga memiliki famili ni....
Tgh aku dok senyum2 tetibe anak aku dtg...'abah..mak nak cerai...'
Aku tersentap..mata ku otomatik bepinar..rokok tetap maintain kat mulut..
Tetibe je dia nak minta cerai??? Aku ni bkn insan yang lemah, cukup nafkah zahir batin kat bini aku tuh.
Rumah ni pun aku beli pakai nama dia...(aku beli je...dia yang bayar..hehehe) pas tu keta kt depan umah tu mmg aku dah habis bayar pun khas utuk dia (kancil 660 thn 1999)hape lagi yang kurang..dengan panas kepala ni aku terjah dia kat dapur..
'MILAH, APE KURANG KE KASIH SYG ABE KT AWOK?, APE ABG NI TAK HENSEM LAGI KE SAMPAI AWAK NAK MITA TUUUUI!!! TERGAMAK AWAK WAT ABG MACAM NIE.....!!!!'
Ape nie bang....susah sgt ke nak bagi?
MILAH! AWAK JGN UJI SAYA!
Iye lah..kalau berani buat lah...
MILAH......AWAK MELAMPAU!
Kaki aku dah mengeletar,peluh menitik2,idung aku kembang kempis,kat telinge aku dah terdengar2 lagu Anang..jari jemari dah sejuk...sanggup kah aku ucapkan perkataan itu....
Iye..buat lah bang OIIIII...saya nak masak gulai ni gi lah ambik serai tu cepat..anak kite tak cakap kat awak ke?...
HAH SERAI??????? Betuah punyer anak...pelat....
Ceyai Vs cerai... Hati2 dgn bahasa anak anda... Jgn biarkan hidup anda diselindungi Misteri.... kahkahkah
Post a Comment