Nukilanku

Assalamualaikum

Lama sudah blog ini tidak ber'update'.mari hayati kisah benar ini..



Tajuk : Nukilanku..



Laju penaku menari mencoretkan,
Sebuah kisah kehidupan yang penuh dengan dugaan,
Akan kucalitkan tinta pena ini,
Merakam setiap saat, detik dan waktu,
Suka duka kehidupanku.



Aku sendiri tidak pernah tahu bagaimana aku berada di tempat ini,
Kadang ia bagai neraka buatku,
Kadang ia bagaikan syurga.
Di sinilah aku membina kehidupanku,
Segala suka duka terpahat kukuh di layar ingatanku.



Aku sedar,
Kehadiranku tidak disenangi oleh mereka,
Tohmahan, kejian dan segala caci maki dilemparkan terhadapku,
Hinakah aku?
Aku juga punya perasaan,
Aku juga perlukan kasih sayang,
Salahkah aku menagih secebis rasa simpati di tempat ini?
Aku juga mahu dilayan seperti sahabat-sahabatku yang lain,
Mereka diterima di tempat ini,
Mereka mendapat kasih sayang di sini,
Alangkah bahagianya hidup mereka.



Aku bertemu jodohku di sini,
Tetapi, apakan daya,
Si dia menghilang entah ke mana,
Benih yang wujud atas dasar kasih sayang kami,
Kukandung dengan penuh sabar.



Betapa aku menghadapi dugaan yang maha dasyat ketika ini,
Aku ditendang oleh seorang yang tidak berhati perut,
Tidakkah dia tahu bahawa aku sedang mengandungkan anak-anakku?
Sungguh kejam perbuatannya terhadapku,
Mengapa masih ada insan seperti itu di muka bumi ini?
Aku merayu, aku merayu,
Namun rayuanku tidak diendahkan,
Perutku ditendang sekuat hatinya
Aku beruntung kerana aku tidak keguguran ketika itu.



Terlalu banyak ujian yang melanda menjadikan aku tabah menghadapi semuanya,
Namun, aku juga makhluk biasa,
Di saat aku melahirkan anak-anakku,
Sekali lagi dugaan melanda.
Aku tidak tahu ke mana harus ku tuju.
Sakitnya hanya tuhan yang tahu,
Aku hampir berputus asa.
Namun, demi anak dalam kandunganku,
Ku gagahi jua.
Guruh berdentum, kilat sabung-menyabung,
Akhirnya, aku melahirkan anakku dalam keadaan yang tragis,
Tanpa sehelai kain yang membalut tubuh anak kecilku ini,
Dia lahir ke dunia pada 6.23 petang,
Namun, Allah lebih menyayanginya,
Dia telah kembali mengadap Ilahi sejurus dilahirkan.
Sedihku bukan kepalang,
Tetapi aku harus menerima segala qada’ dan qadar yang telah ditentukan.




Saat air mata kesedihan masih berbaki di wajahku,
Sekali lagi terasa perutku senak,
Rupanya, aku melahirkan dua bayi kembar yang sungguh comel,
aku menadah tangan mensyukuri anugerah yang terindah buatku.
Ketika itu juga, ada yang sudi menghulurkan bantuan,
Mulia sungguh hati insan-insan yang sudi membantu aku dan anak-anakku mencari tempat perlindungan,
Tidak akan ku lupakan jasa mereka.



Kini,
Si kembarku mulai membesar,
Aku bersyukur kerana anak-anakku diterima seadanya di tempat ini,
Mungkin segala kenangan pahit yang ku lalui selama ini bakal berakhir,
Dan aku dapat merasakan saat itu akan tiba tidak lama lagi..



Analisis watak dalam cerita ini:-

1.Akumerupakan seekor kucing yang berwarna dominan hitam dan mempunyai sedikit warna putih di bahagian kaki. Pada mulanya, kucing ini dikenali sebagai stoking disebabkan warna putih di kakinya itu seakan-akan kucing memakai stoking(utk gambaran jelas, terang dan nyata, sila rujuk blog shazika shahrim dlm entry “stoking yang menyakitkan hati” ) Namun, namanya telah bertukar apabila ada yang sudi ke JPN dan mendaftar namanya sebagai SOPHEA (kebijaksanaan).hehe..

2.Di tempat ini merujuk kepada kolej kediaman SENTOSA, ipg ilmu khas

3.Kehadiranku tidak disenangi oleh merekamereka dalam baris ini merujuk kepada penghuni-penghuni kediaman sentosa yg rata-ratanya sangat bencikan sophea kerana ke’annoying’annya itu.

4.sahabat-sahabatku- bangsa-bangsa sophea yang terdiri daripada kak mah(tengah mengandung), abu, mat, garfiled n banyak lagi tetapi tidak ingat nama-nama mereka

5.jodohkumereka mungkin terdiri daripada abu, mat, Garfield or mungkin juga bangsa sophea dari kolej2 yang berjiran dengan sentosa.

6.seorang yang tidak berhati perutkak long! (sumpah kejam!)

7.aku melahirkan anakku dalam keadaan yang tragis – merupakan anak pertama sophea yang dilahirkan di depan bilik seorang penghuni sophea yang sgt tdk sukakan kucing. Anak tersebut mati di tempat kelahirannya kerana tidak diberi pelindungan yang sewajarnya. Hujan yang lebat menimpa-nimpa anak sophea dan akhirnya menghembuskan nafas terakhir di situ tanpa ada seorang pun yang mengajarnya mengucap! (nama pun xde)

8.dua bayi kembarLydia dan Black. Nie je anak sophea yang masih hidup hingga kini.

9.Mulia sungguh hati insan-insan yang sudi membantu sudah tentu Aisyah, Nazihah, Mok Nik dan Atikah. Mereka bertungkus-lumus mencari kotak di stor dan memberikan pelindungan yang sewajarnya kepada sophea dan anak-anaknya.


Ini ialah kisah realiti kehidupan. Kesimpulannya, sayangilah binatang!

5 Responses so far.

  1. ashyiqin says:

    tahniah kpd pnulis! tp ptt ade unsur2 mtafora, hipebola skit sbb dr mule2 bce aku da bole agk empunya bdn yg mlang ni..:)

  2. shazika says:

    hahahahahahahahahaha....
    gelak panjang aku ngan ika baca...

  3. ashyiqin:maaf la xder sume literature element tue.penulis bknnya tau bab2 sastera nih.xpenah belajar pun!hehe
    shazika:korang pun terlibat jugak dalam konspirasi sophea nie.jgn buat2 xtau plak.

  4. Kak Long says:

    sya ingin membuat pengakuan terbuka di sini bahawa saya sudah tidak jahat lagi dengan sophea.malah saya juga boleh menerima kehadiran anak2 sophea (lydia & black).lydia & black sgt comel.justeru, sya ingin mohon maaf kpd sophea.ttp tdk bermkna sya akn menerima bangsa2 sophea yg len.sya perlukan masa utk menerima mereka di mana2 shj.hehehe..

  5. ashyiqin says:

    kaklong : tahniah kaklong! wlpn aku xde dlm snarai tp tu la doa aku stiap kali tgk sophea kne sepak trajang.. n setiap kali blk kjg, ni akan jd topik utama aku n adik2..kami doa kan agar sume org bole trime sophea dan akhirnya..alhamdulillah..smkin cerah masa dpn ank2 die..