19 hadis Nabi tentang Wanita

-Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya lebih berbanding lelaki.

-Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan 1,000 kejahatan.

-Apabila seseorang itu mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

-Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkan.

-Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

-Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

-Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

-Barangsiapa membawa hadiah (makanan atau sebagainya), maka pahalanya seperti bersedekah.Sesiapa yang menyusukan anak perempuan seolah-olah dia memedekakan anak Nabi Ibrahim.

-Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama.maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

-Perempuan yang solat 5 waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

-Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

-Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

-Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara,malaikat di langit,matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

-Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

-Wanita yang tinggal bersama anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

~ihsan : majalah surau sekolah aku dulu~

This entry was posted in