10.10.10....

Assalamualaikum w.b.t...
I lurve the title..Cuba teka title tue tentang apa? Itu ialah tarikh hari nie(hari yang saya post entry nie)..
Mesti ramai yang nak abadikan sesuatu yang indah pada tarikh nie..Yang saya tahu hari nie ialah hari persandingan berkonsepkan Kayangan angkasawan pertama negara, Dato' Dr Sheikh Muzaffar Shukor dan Dr Harlina. Vogue gitue kan??. Papepon, Tahniah diucapkan.. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.
Hari nie kalau ada ibu-ibu yang melahirkan bayi mereka, sudah pasti tarikh 10.10.10 ini sangat cantik tambah-tambah lagi kalau baby tue dilahirkan di negeri Selangor(kod negeri Selangor 10)..Cuba tengok no i.c baby tue..101010-10-xxxx...hehe..senangkan nak ingat..
Saya juga nak abadikan sesuatu pada 10.10.10 nie..Sebab tue saya tulis entry nie. At least ada lah sesuatu yang saya lakukan walaupun hanya menulis di blog ini..
Kalau anda terlepas untuk melakukan sesuatu yang boleh menjadi kenangan pada tarikh nie, jgn risau sebab masih ada dua tarikh cantik yang menanti anda( InsyaAllah kalau umur panjang)..
Tarikh 11.11.11 juga akan datang pada tahun hadapan. Maka pada tarikh tersebut, plan lah apa saja acara untuk diabadikan sebagai kenangan. Kepada ibu-ibu yang nak bersalin, bersalinlah pada hari tersebut dan disyorkan untuk bersalin di negeri Terengganu kerana kod negeri tersebut 11..Maka, akan tercatatlah pada i.c kanak-kanak itu 111111-11-xxxx..perghh!!..lagi cantik no nie..Kawan saya(merangkap classmates in j3.4) telah berjanji akan berkahwin pada hari tersebut. Saya sangat gembira kerana saya sudah ada sesuatu yang boleh diabadikan pada hari tersebut. Menghadiri perkahwinan classmate saya..!!hehe..Kepada kwn2 j3.4 yang nak tau sape yang nak kawen pd tarikh nie, nanti anda semua akan tau sendiri..hehe
Andai kata jika pada tahun hadapan pun anda terlepas lagi, maka masih ada lagi pada tahun hadapannya iaitu pada 12.12.12..tapi anda kena ingat, itu ialah tahun terakhir untuk mendapatkan tarikh yang cantik sebab setahun hanya ada 12 bulan sahaja..so lepas tue dah xder tarikh yang begitu cantik lagi..Pada tarikh ini juga, kwn saya yang sorang lagi plak plan nak kawen(hehe..cuba teka sape??..) Sekali lagi saya dah ada plan 2 tahun berikutnya..
Untuk tarikh-tarikh cantik begini, saya cuba mengabadikan sesuatu yang indah dalam hidup saya.. Anda pun boleh buat begitu..Xkesahlah anda nak jadikan tarikh-tarikh sebegini diabadikan sesuatu yang indah atau sebaliknya..Atau mungkin pada tarikh yang cantik sebegini, anda nak clash ke, ape ke..suka ati(hehe..dah merepek2 dah kan..)
Tangan sudah penat mengetuk2 keyboard. Otak pun sudah tepu untuk mencari idea..Maka, saya stop di sini dlu..Wassalam..

3 Responses so far.

  1. shazika says:

    11.12.2013

    cool jugak tuh

  2. iqin says:

    zi, ape amik idea sy ni?? cepuk kang!